Tuesday 5 May 2009

88 days to go

Assalamualaikum

well...well...well..never thought i'm gonna write a blog..hate writing..but..since i'm counting for my wedding day..ermm terpaksa la buat sumer ni...this is only a collection for myself and to share with others as well...my short-cut to wedding preparation...

Bilik Pengantin Yang “Simple, but Nice”(Bhg 1)


Menjadi trend masakini, para pengantin lebih suka menghias bilik pengantin dengan design yang “simple but nice“. Rekaan bilik seperti ini biasanya lebih praktikal (boleh digunakan untuk hari-hari biasa) dan boleh dihias sendiri menggunakan sentuhan peribadi.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda satu idea menghias bilik pengantin. Apa yang kita mahukan ialah, bilik pengantin yang selesa, cozy, ekslusif dan ada elemen romantik. Saya akan gunakan gambar di bawah sebagai panduan, tetapi kita akan ubah sedikit supaya ia sesuai untuk dijadikan bilik pengantin.

luxury-bedroom-with-labels-copy.jpg

  1. Pilih katil yang simple (tiada tiang-tiang dan penghalang di bahagian kaki)
  2. Pilih cadar dan duvet berwarna putih atau krim (sebaik-baiknya 100 % cotton). Utamakan keselesaan semasa membuat pilihan kerana anda tidak mahu melalui malam pertama yang menyeksakan.
  3. Anda perlukan 4 biji bantal (2 bantal dengan warna yang sama dengan cadar, mananakala 2 lagi bantal dengan sarung berwarna kontras) *Peringatan:Selepas kahwin, anda tidak perlu lagi bantal guling
  4. Cat dinding mengikut warna kesukaan anda, tetapi pastikan ia sesuai dengan warna duvet yang anda beli dan mempunyai unsur lembut (tidak terlalu terang atau gelap).
  5. Gantungkan satu frame gambar di dinding atas kepala katil. Untuk design ini, kita tidak letakkan gambar potret, tetapi kita pilih gambar yang mempunyai unsur ketenangan dan romantis. (Contoh seperti bunga atau corak abstrak berbentuk love dll.)
  6. Letakkan 2 meja kecil di kedua-dua bahagian sisi katil. Hiaskan meja tersebut dengan bunga segar yang diletakkan di dalam pasu kaca. (Anda juga boleh gunakan bunga palsu yang kelihatan seakan-akan bunga segar. Letakkannya dalam pasu yang lutsinar dan berisi air supaya ia nampak lebih “real”) Selain bunga, anda boleh hiaskan ia dengan potpuri, lilin wangi atau teddy bear.
  7. Pencahayaan juga penting. Gunakan lampu meja atau lampu katil yang bercahaya kuning dan boleh dimalapkan untuk memberikan efek ekslusif dan romantis.

romantic-bedroom-pic1-rosepetals.jpg Tambahan:

Hiaskan katil dengan kelopak bunga ros mengikut citarasa anda.

Susun bantal mengikut kesesuaian bilik tidur anda. Cara pertama ialah menyembunyikan 2 bantal di bawah duvet, dan mempamerkan 2 lagi di atasnya (seperti gambar atas). Atau anda boleh susun 2 bantal besar (didirikan) di atas duvet dan susun 2 @ 4 kusyen berwarna di hadapannya.

Pastikan bilik anda sentiasa wangi. Gunakan aromaterapi untuk menghasilkan mood yang tenang dan romantik.

Bilik anda akan bertambah ‘cozy’ jika mempunyai pendingan hawa di dalamnya.

bersambung..


source:

http://majlisimpian.com/blog/?p=26&cpage=1#comment-150

ermm..not everyone got the same taste n style but this is quit nice..the most important now..how to persuade all my aunts n of course mummy!!!


sou

No comments:

Post a Comment