Thursday 7 May 2009

freak out!!!

Assalamualaikum...

Now I'm totally freak out...majlis x smpai lg 3 bulan....plus dgn final presentation...totally running out of time..mummy nk dtg jln2 lg....so many things to do! but, luckily today I found something related to my wed preparation which is hantaran... this is from Blog MajlisImpian..thank you very much for the idea...

source: http://majlisimpian.com/blog/?p=162

Gubahan Hantaran dgn Tema Dark Brown


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua, sedikit info mengenai gubahan hantaran yang telah direka untuk majlis perkahwinan Amirul dan Zanariah.

Untuk majlis perkahwinan ini, kami telah memilih tema perang gelap rasa lain macam pulak sebut warna ni dalam bahasa melayu @ dark brown, yang turut diindahkan lagi dengan gabungan warna gold dan krim. Act, kami bukan pro. Tetapi kami cuba menjadi pro.. ha-ha :) So, mungkin anda boleh kasi bintang sikit setelah melihat kerja tangan kami nanti.

Berikut adalah langkah-langkah menggubah hantaran yang telah kami lakukan:

  1. Menyediakan tapak dan bekas untuk mengisi barang-barang hantaran.Kami menggunakan polistrin sebagai tapak. Manakala, bakul mengkuang dan kotak kayu sebagai bekas.Untuk hiasan, polistrin telah dibalut dengan kain satin berwarna krim, kemudian diserikan lagi dengan kain lace berwarna dark brown. Untuk bakul mengkuang pula, kami hanya lilitkan dengan rantaian batu permata (palsu) di sekelilingnya. Dan ada sedikit kain net, untuk mengalas barang hantaran. Bagi kotak harta karun kayu pula, kami telah biarkan ia tanpa hiasan supaya kecantikan asli nya terserlah. Chewahh!! :P
  2. Memilih bunga hiasan.Oleh sebab umi kami sangat mementingkan ke-class-an dan sanggup mengeluarkan bajet lebih untuk bunga, so beliau telah memilih bunga yang agak mahal sikit. Harganya dalam lingkungan RM15- 20 sebatang ( dalam 1 batang, ada sekuntum bunga besar + daun + 1 bunga sederhana & 1 kecil + aksesori yang telah siap digubah).Kira ok lah jugak. Dengan adanya bunga ini, menjimatkan lagi masa kami (kerana ia telah siap digubah) dan hasilnya juga cukup memberi impak yg menawan.
  3. Mencantikkan gubahan dengan reben.Tidak cukup sifat satu gubahan itu jika tiada reben. Untuk gubahan kali ini, kami menggunakan reben pelbagai saiz.Riben saiz besar, berwarna dark brown (satin). Manakala satu riben special berwarna gold (dibuat daripada something like tali guni..haha - betul ke?). Riben bersaiz ini digunakan untuk hiasan utama atas tapak dan bekas.
    Riben saiz kecil pula berwarna krim (satin) & tidak ketinggalan riben dark brown. (jenis satin juga tapi ada line gold di atasnya). Riben ini digunakan untuk hiasan benda-benda yang kecil seperti dalam kotak kayu dsb.

    Cara nak ikat riben ini juga ada gaya tersendiri, mungkin saya akan tunjukkan lain kali. Dan cara ini telah diajarkan oleh mak sedara kami Cik Kathy (nama glamer) @ Joh.

Itulah 3 perkara yang kami titik beratkan dalam gubahan kami. (Bekas, bunga & riben) Simple kan? :)

Barang-barang hantarannya macammana pula?

Kalau mengikut tips kami, kita tak perlu menggubahnya lagi. Hanya lipat & susun cantik-cantik sahaja. Kemudian serikan ia dengan riben dan bunga-bunga mengikut kreativiti masing-masing.

Inilah dia hasil kerja kami:

Sirih junjung ini diinspirasikan oleh rekaan Ms Nurul yang pernah saya kongsikan dalam post yang lepas. Klik di sini untuk mellihat post tersebut.


Bakul hantaran yang dihiasi dengan jurai-jurai permata mengikut warna tema. Btw, barang hantarannya ialah lilin wangi & potpurri.

Wang hantaran disusun rapi dalam kotak kayu (RM888). 2 gelas kecil yang dibaluti dengan kain net adalah utk mengisi wang syiling (RM0.88).

(Maaf kerana mutu photo kurang baik..saya budak baru belajar :P )

Itu sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi!

Yang suka buat hantaran,
Amalia

No comments:

Post a Comment